
Langsura Geopark Sdn. Bhd. membuka tawaran tender kepada kontraktor Bumiputera berdaftar CIDB G4, Kategori B, Pengkhususan B04 yang layak bagi projek berikut:
Projek:
Cadangan ‘as-built plan’ bagi kompleks pekan rabu 4 tingkat sediada yang mengandungi ruang pejabat, ruang niaga dan 78 unit bilik hotel, di atas Lot PT 1563 (60162), Bandar Kuah, Daerah Langkawi, Kedah Darul Aman.
Jualan Dokumen Tender:
04 – 07 Disember 2025
Lokasi: Langsura Geopark Sdn. Bhd., Kompleks Pekan Rabu, Kuah.
Lawatan Tapak (Wajib):
04 Disember 2025 • 11.00 pagi
Tempat: Dewan Dayang Bunting, Aras 2, Kompleks Pekan Rabu.
Tarikh Tutup Tender:
14 Disember 2025 • 12.00 tengah hari
Hanya penama berdaftar dalam STB, PKK dan CIDB dibenarkan menghadiri taklimat/lawatan tapak. Semua dokumen tender hendaklah dihantar dalam sampul berlakri ke peti tender di pejabat Langsura Geopark Sdn. Bhd.
Kenyataan tender dan maklumat penuh boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:
https://langsura.com.my/wp-content/uploads/2025/11/KENYATAAN-IKLAN-TENDER-PEKAN-RABU-CCC-25_edited-BY-GM-2025-PUBLISH.pdf