Cuti Cuti langkawi

Nak bercuti di langkawi? Ada rahsianya!

Berikut beberapa SOP yang perlu dipatuhi mereka yang bercadang bercuti ke Langkawi:i. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi;ii. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;iii. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;iv. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;v. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP;vi. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk:

  • Penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), Acara Pelancongan dan Kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan;
  • Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial;
  • Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);
  • Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya);
  • Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;
  • Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan
  • Lawatan Bersifat Akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.

Kerajaan Khamis lalu bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan dalam masa terdekat, dengan Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September.Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun pembukaan sektor itu berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Share this article on

You may also like

TAWARAN SEBUT HARGA – PERLANTIKAN JURUPERUNDING UKUR BAHAN

BAGI PENYEDIAAN BILLS OF QUANTITIES (BQ)  KERJA-KERJA TUNAI SYARAT PERMOHONAN SIJIL PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) KOMPLEKS PEKAN RABU, KUAH LANGKAWI TARIKH TAWARAN DIIKLANKAN :  12HB JANUARI 2025 (AHAD) TARIKH TUTUP :  19HB JANUARI 2025 (AHAD) PENGHANTARAN SEBUTHARGA (Sebelum 12.00 TENGAHARI) Maklumat dan Syarat Kelayakan, Sila muat turun file PDF (LINK DIBAWAH) atau SCAN QR (DIDALAM POSTER

Read More »

Tawaran Sebutharga – Perkhidmatan Kawalan Keselamatan, 2025-2026.

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI KOMPLEKS PEKAN RABU KUAH BAGI TEMPOH KONTRAK MULAI 28 FEBRUARI 2025 HINGGA 31 JANUARI 2026. TARIKH TAWARAN DIIKLANKAN :  12HB JANUARI 2025 (AHAD) TARIKH TUTUP :  19HB JANUARI 2025 (AHAD) PENGHANTARAN SEBUTHARGA (Sebelum 12.00 TENGAHARI) Maklumat dan Syarat Kelayakan, Sila muat turun file PDF (LINK DIBAWAH) atau SCAN QR (DIDALAM POSTER

Read More »