SOP Masuk Langkawi

Berikut beberapa SOP yang perlu dipatuhi mereka yang bercadang bercuti ke Langkawi:i. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi;ii. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;iii. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;iv. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;v. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP;vi. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk:

  • Penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), Acara Pelancongan dan Kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan;
  • Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial;
  • Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);
  • Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya);
  • Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;
  • Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan
  • Lawatan Bersifat Akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.

Kerajaan Khamis lalu bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan dalam masa terdekat, dengan Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September.Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun pembukaan sektor itu berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Share this article on

You may also like

TAWARAN SEBUTHARGA – CADANGAN NAIK TARAF INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN PELANCONGAN TASIK DAYANG BUNTING LANGKAWI,KEDAH.

Langsura Geopark Sdn. Bhd. (LGSB) dengan ini menjemput syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpengalaman untuk mengemukakan CADANGAN NAIK TARAF INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN PELANCONGAN TASIK DAYANG BUNTING LANGKAWI,KEDAH. TARIKH TUTUP : 10HB MEI 2026 (AHAD) – SEBELUM 4.00 PETANG Sila Muat Turun PDF di Bawah untuk Dokumen Sebut Harga atau Imbas QR untuk

Read More »

TAWARAN SEBUT HARGA – PERKHIDMATAN MEMBERSIH KAWASAN DALAM DAN LUAR BANGUNAN ( CUCI BERSIH ) DI KOMPLEKS PEKAN RABU & JETI PELANCONGAN KUAH, LANGKAWI.

Cadangan Melaksanakan Perkhidmatan Membersih Kawasan Dalam Dan Luar Bangunan, Mencuci Longkang/Parit, Penyelenggaran SeniTaman dan Kerja-Kerja Berkaitan di Kompleks Pekan Rabu dan Jeti Pelancongan Kuah, Pulau Langkawi, Kedah. TARIKH TUTUP : 10HB MEI 2026 (AHAD) – SEBELUM 4.00 PETANG Sila Muat Turun PDF di Bawah untuk Dokumen Sebut Harga atau Imbas QR

Read More »

TAWARAN SEBUTHARGA – Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Bagi Tahun 2026-2027.

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI KOMPLEKS PEKAN RABU KUAH BAGI TEMPOH KONTRAK MULAI 01 JUN 2026 HINGGA 31 MEI 2027. TARIKH TAWARAN DIIKLANKAN :  27HB APRIL 2026 (ISNIN) TARIKH TUTUP :  04HB MEI 2026 (ISNIN) PENGHANTARAN SEBUTHARGA (Sebelum 12.00 TENGAHARI) Borang dan Maklumat Syarat Kelayakan, Sila muat turun file PDF (LINK DIBAWAH) atau SCAN QR (DIDALAM

Read More »